Thursday, March 10, 2011

++ JODOH & SYURGA CINTA++


     Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.



Tiga jenis jodoh.


  1. Jodoh dari Syaitan : berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
  2. Jodoh dari Jin : berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
  3. Jodoh dari Allah : cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Haaa.....ni doa nk percepatkan jodoh..nk hafal doa ni...nk soh percepatkan jodohku..huhuuh...(GALOP LA PULOP)....hihihi..bukan pe...xsalahkan kalo berdoa...seiring dengan usaha kite sendiri...memang la...org cakap,setiap yang hidup atas muka bumi ini..ada pasangannya sendiri..dah tertulis oleh-NYA


"Allahumma Sakharli Zaujan Wayatazauwajubi,Wayakuna Sohibanli Fiddunya Wannajah,Rabbi La Tazarni Fardan Wa Anta Khairul Warisin~"

Jom pakat2 baca Doa ni..Doa tuk d'percepatkan Jodoh ♥."

nah...korang y len y same cam namn..leh turut hafal doa ni..pas smyg jgn lupa selitkan doa nih k....


10 Pertanda Si Dia Jodoh Anda


Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepadanya.Kita senantiasa tenang, gembira dan dia menjadi ubat kedukaan kita.sebaliknya.Rasa senang sekali apabila bisa bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.


Terima kita apa adanya
Apapun kisah lalu yang pernah kita lakukan, baginya tidak masalah. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak mempermasalahkan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum dan norma. Sikap jujur akan hadir padanya dan akan menarik hati kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

Percaya
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu kita utarakan padanya agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berkasih, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka merasa aman apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya dibandingkan teman.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta kekal dalam jangka waktu yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan suatu urusan. Segala urusan yang dilakukan perlu ada keikhlasan membantu pasangan. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang jodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Walau saat kita sakit, berduka, dia akan hadir menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia akan menjadi penolong. Pasangan yang ideal adalah sentiasa bersama melalui hidup ini di kala suka maupun duka, di saat senang dan susah.

Tampilkan kelemahan
Tiada orang yang sempurna di dunia ini. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Bebas Tanpa Penipuan
Kekasih kita itu bersikap ceria dan tidak pura – pura. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, berbicara,ketawa,makan dan minumnya. Apakah ia spontan?tidak kelihatan canggung? Kalau ia nampak kurang senang dengan keadaan itu, berkemungkinan besar itu cuma lakunan.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan indra keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan indra batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia. Adakalanya, dalam memainkan peranan kita di dunia, kita diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi tak selalu menjadi bunga tidur. Yakinlah bahwa mimpi terkadang membawa hikmah tertentu pada diri kita. Ingat, sejak dulu manusia ada, mimpi selalu membawa petunjuk.



Setakat mana kebenarannya hanya ALLAH sahaja yang tahu..yang mampu kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha...berdoa dan terus berdoa dan akhirnya berserah pada-NYA..WALLAHUALAM...
selamat bertemu jodohnye...hihihihi

2 comments:

ruby said...

trima kasih...n3 yg amat b'mkna buat Meteor Garden..ahakz...tnda yg mkin hmpir..InsyaAllah..hehehehe...

Cik Namn said...

AMIN sis..:)