Thursday, August 4, 2011

++ EMOSI!++

      Hai all,apa khabar ya semua?ada sihat ke?hurm..dh lame jari menari Cik Namn x menari2 kat sini..nk kate bz tu,xla sgt..tp level mood untuk bertandang ke sini asyik low je,delay je..ade mnde yang nak dikongsikan..tapi xtau la nk mula yang mana satu..oh ye, FYI,Cik Namn dh got new job..dh sebulan kot kje n dh received 1st salary kt tmpat baru tu..hihi..tapi skrg baru nk publish kan..kan..hehe..Hurm,sbelum Cik Namn pergi mendalam lagi untuk title "EMOSI" ni..Cik Namn ase lom terlambat Nm nk mengucapkan "Selamat Berpuasa " kepada semua Muslim&Muslimat ye..Harap agar Ramadhan ini memberikan kite lebih cahaya dan petunjuk untuk terus-terusan beribadah kepadanya..Amin..

         Ok..title entry ni EMOSI?why?what?how?Ntah la..Sejak 2 menjak ni, Cik Namn rasakan begitu bnyk sekali masalah yang bertandang..bertimbun2..lepas satu, satu..tapi Cik Namn pikir,mungkin ini ujian untuk Ramadhan..dugaan yang lebih berat u ditempuhi dan Cik Namn percaya bahawa ALLAH tidak akan menguji hambaNYA lebih dr kemampuan hambaNYA itu..

1st "EMO"

       Yang ni cume masalah berbangkit je..Cegini, rumah yang  Cik Namn diami skrg adalh rumah yang dibeli dengan salah seorg saudara Cik Namn..Rumah tu dijual dengan harga samtin then telah deposit sebanyak 10k..mengikut perjanjian, 8 tahun lepas diantara Ayah, Arwah Mama n sedare  Cik Namn tu, rumah tu sepatutnye dh langsai 2 tahun lepas (ikut pencen Ayah Cik Namn)..tp disebabkan Ayah Cik Namn smbung pencennya 2 tahun lagi..so bayaran untuk dijelaskn ke atas rumah tu tertunggak..Now tuan rumah dh minta balik rumah tersebut..so?pe lagi y leh Cik Namn katakan, hak org mesti la org nk balik kan..hurm..now xtau lg status cm mne,harap tuan rumah ambil balik rumah tu after Eid..leh la kami adik beradik beraya u terakhir kalinya disana, iaitu di rumah yang penuh dengan kenangan Arwah Mama..:'(

2nd "EMO"

       Yang ni lagi satu masalah yang xsudah2..Sebelum tu Cik Namn nk tanye semua yang bace entry ni (mcm la ade y polow..hihihi).."Apakah penanan dan tanggung jawab seorang Bapa terhadap anak2nya?"Tak banyak yang kami mohon, usaikanlah tanggungjawabmu sebagai seorang "Ayah"

[ Cik Namn punya "Ayah"..tp cuma pada nama
Cik Namn punya "Ayah"..tp cuma pada pandangan mata orang
Cik Namn punya "Ayah"..tp xseperti Ayah2 lain
Cik Namn punya "Ayah"..tp tidak kasih sayang, belai mesra, tawa riangnya.]

       Mesti  semua tetanya2 kan?kena ade puisi diatas? apa maksudnya?hanya Cik Namn saja yang tahu..Dugaan dan cabaran memikul tanggung jawab sebagai seorang Ibu dan Ayah terlalu berat..teramat payah..Kehidupan tanpa tilik pandang, cakna dan kasih sayang dr "Ibu dan Ayah" seperti air yang terus-terusan mengalir tanpa henti..meredah apa sahaja yang ada dihadapan..begitulah juga Cik Namn, now Cik Namn n 2 orang lagi kakak Cik Namn menguruskn 2 org adik yang masih tinggal di rumah sekarang..3 lagi adik kami telah dibawa ke Kemaman,(umah Ibu tiri), atas arahan Ayah kami..Kenapa perlu pisahkan kami?Sudah hampir sebulan Cik Namn dan y lain (kakak, abg n adik2 y masih lagi tinggal di rumah sekarang) tidak bertemu dengan adik bongsu kami"EMY"?cmne kedaan dia skrg erk?apa dia masih ingatkn kami kakak dan abgnya?y 2 others bersekolah d asrama..pom same jugak..jarang berjumpa..sebab setiap weekend..Ayah akan bawa mereka ke Kemaman.. n now Ayah kami pom jarang balik ke rumah..balik hari khamis cuma mndi , tukar baju then terus ke kemaman..yelakan..rumah skrg pom xlama lagi tuan dh nk ambil..Kamu dh ada tempat tinggal baru disisi anak2 baru n wife baru..apa lagi gunanye kami disi?xde nilai n ertinya lagi kan?

     KAMI ni tunggul kah?Mana nafkah kamu sebagai seorang Ayah?Dimana kami nk tinggal nanti kalu rumah tu diambil ?"AYAHKU LEPAS TANGAN"!Cik Namn xmahu nk memburuk2kan beliau..sbb seburuk2nya beliau, dia tetap ayah kami..apa yang beliau lakukan terhadap kami , kami biarrkan hanya ALLAH yang akan balas..

[Ya Allah...
Seandainya dia(Ayah) bukan lagi milikku..
Matikanlah dia dr hatiku,
Luputkanlah dia dr kenangan dan ingatan ku,
Jauhkanlah dia dr pandangan mataku,
Jika tidak,
Matikanlah aku didalam hatinya(Ayah),
Luputkanlah aku dalam ingatan n kenangannya bersamaku,
Jauhkanlah aku sejauh2nya dr pandanganya..
Dan jika ini berterusan,
Jemputlah aku ketempatMu,
Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah,
Dan sesungguhnya hambaMu ini tidak lagi punya kekuatan..
Amin..Ya Robbal Alamin..]

3rd "EMO"

      Tak dapat apa yang dihajati n dimahu..Xpela..mungkin belom rezekinya lagi untuk dimiliki..:)..Sabarla ye Cik Nanm.

      Cik Namn celaru..keliru..sedih..amarah..sume ade...SABAR lah y mnjadi kekuatan hingga sekarang..dan juga sokongan dr MY SAYANG, MY LOVELY SISTERs n Sedara2 yang cukup memahami..

3Ogos, 2011= 3 Ramadhan, 1432H..

       Semasa tarawikh semalam..hati Cik Namn bercelaru..smbhyg pom xbrape nk khusuk dan apabila witir terakhir, tertitis sediri air dr kelopak mata ini..berderau darah..Apa yang difikirkan?Sebenarnya, Cik Namn terkenangkan kehidupan Cik Namn..Tahun ni tahun ke dua Cik Namn dan y len berpuasa tanpa MAMA...tetapi thun lepas lebih baik dr sekrg..thun ni Cik Namn berbuka 3 org je,Cik Namn, Nana n Apis je kt rumah..Sedih tu mmg sedih..Bukan sedih terpaksa berbuka 3 org, tp sedih kerana kami diabaikan. Dr mane kami nk beli lauk pauk, barang lain kalau tidak diberikan duit?FYI, Ayah kami dh hampir 5  bulan xbeli barang dapur dan hampir sebulan Nana xdpt duit belanja sekolah..xpe la,Alhamdulillah..sbb Cik Namn pom bekerja..leh la nk tanggung 2 org ni..My Lovely sisters pom banyak sgt membantu..dan Alhamdulillah Cik Namn dan adik2 masih boleh bertahan hingga ke hari ini..Dah..xleh nk story panjang2 lebar..Cik Namn harap agar ada sinar bahagia untuk kami nanti...

[Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu,
Kecintaan orang yang mencintaiMu,
Kecintaan amalan yang membawaku samapi kecintaanMu,
Ya Allah,
Jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang sangat ku cari lebih dari diriku,hartaku, dan keluargaku.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Andai aku berdosa terhadap orang tua ku,
Ampunkan lah dosaku,
Berikanlah petunjuk dan cahayaMU,
Bimbing lah aku untuk lurus ke jalanMU,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Andai orang tuaku berdosa terhadapku,
Tariklah dia melalui jejantas jalan ke arahMu,
Bukakanlah pintu hatinya akan tanggungjawabnya,
Amin..Ya Robbal Alamin..]
...............................................................
p/s: entry ni bukan nk aibkan siapa2..tapi Cik Namn just nk meluahkan apa yang terbuku dihati Cik Namn..luahan Cik Namn pada blog yang tak benyawa ni..kepada siapa yang xseng ngan blog ni..please dont open it n read it..

:: Today, Cik Namn wearing blouse Arwah Mama yang telah dikecikkan, terasa berada dalam pelukan nya...MAMA, al- Fatihah buat mu..andai kamu masih lagi bernyawa hari ini...tentu kehidupan kami tidak seperti sekarang kan..tapi,walaubagaimanapun..kami Redha, Ikhlas..DIA lebih sayangkan kamu..:'( ::


4 comments:

- Ibu Erfan - said...

:'(

Anonymous said...

be strong...

Anonymous said...

kuatkan semangat kamu...saya sentiasa akan menyokong kamu walaupun hanya dari jauh...

nAMn mRAr said...

baiklah..